Keluaran dan sambutan PASKAL_(filem)

Kutipan

PASKAL ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 September 2018.[17] Filem ini berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM2 juta pada hari pembukaan[18][19] dan pada hari kelima tayangan, telah meraih kutipan sebanyak RM7.7 juta.[20][21] Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM10.2 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan.[22][23].Filem PASKAL The Movie baru-baru ini telah mencipta fenomena baharu dalam industri perfileman negara apabila filem ini telah mengutip kutipan sebanyak RM16 juta dalam masa 10 hari tayangan.[24] Sehingga 15 Oktober 2018, PASKAL berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak RM22 juta, sekaligus mengikuti kejayaan yang dicipta oleh Hantu Kak Limah dan Munafik 2.[25] Filem ini telah meraih kutipan melebihi RM27 juta.

PASKAL menerima penarafan 8.8 dari 10 bintang di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb), menjadikannya sebagai filem dengan penarafan paling tertinggi di Malaysia.[26][27] Setakat pada 10 November 2018, Paskal telah mencatat kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM30 juta di belakang Hantu Kak Limah dan Munafik 2.[28][29]

Ulasan kritis

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Hanafis Haris, menulis untuk Rojak Daily memuji filem ini dari segi garapan cerita dan plot yang mudah difahami.[30] Menurut satu ulasan dari The Sun Daily, "...jika tidak untuk adegan aksi, maka untuk menghormati pahlawan-pahlawan yang tidak bersalah ini yang merisikokan nyawa mereka pada baris demi mempertahankan negara kita."[31] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan: "...ternyata apa yang telah dipersembahkan oleh Paskal membuktikan bahawa sebenarnya anak tempatan memiliki visi dan misi tersendiri untuk mengangkat standard filem tempatan terutama genre aksi ke peringkat tertinggi."[32] Mumtaj Begum dari Star2 mengulas: "Ia juga jelas bahawa para pelakon telah berusaha dengan gigih dalam memastikan lakonan mereka dalam Paskal dalam misi menjadi nyata."[33]

Ketua Laksamana TLDM Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin telah menyatakan kepuasan beliau terhadap PASKAL, yang disifatkannya sebagai salah satu kepuasan terbesar dalam 42 tahun perkhidmatan beliau di tentera Laut. Katanya: "Tahniah kepada anggota Paskal yang terlibat dalam membuat aksi berbahaya itu kerana aksi sedemikian memerlukan hanya para pelakon dan tenaga yang terlatih,"[34][35] Pelakon terkenal Hong Kong Eric Tsang menyatakan kepujian beliau terhadap filem ini.[36]

Richard Yu dari Cinema Escapist pula mengulas: "Walaupun PASKAL mempunyai beberapa adegan pertempuran yang mengagumkan dan realisme tentera yang dipuji, skrip yang lemah menjadikan filem itu lebih kuat sebagai propaganda untuk Tentera Laut Malaysia daripada sebagai satu naskhah aksi blokbuster".[37]

Derma amal

Pada 9 Oktober 2018, pasukan penerbitan Paskal The Movie telah menyumbangkan RM30,000 kepada keluarga Unit Penyelamat Air (UPA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) yang meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan seorang remaja yang jatuh ke dalam kolam perlombongan di Taman Putra Perdana, Puchong pada 3 Oktober 2018.[38] Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia Entertainment Sdn Bhd Datuk Steven Lim: "Sumbangan itu adalah cara kami menunjukkan penghargaan kami untuk ini wira-wira yang terkorban dalam menjalankan tugas."[39]

Tayangan media

PASKAL dipertontonkan di televisyen buat pertama kalinya di Astro di mana pelanggan Astro boleh melanggannya di Astro First bermula 15 November 2018. Mulai 15 Mac 2018, filem ini dipertontonkan secara eksklusif buat pertama kalinya di Netflix.[40][41][42]

Rujukan

WikiPedia: PASKAL_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/paskal-di... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sudah-rai... http://www.astroawani.com/video-hiburan/filem-pask... http://www.gempak.com/artikel/11958/watak-itu-kont... http://www.gempak.com/artikel/12236/kalau-suka-lag... http://www.gempak.com/artikel/12262/raih-rm10-2-ju... http://www.imdb.com/title/tt9063106/ http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/58... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/58... http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/5814/r...